Kawasan Kajian
Kajian ini telah dijalankan di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 3 kilometer dari Bandar Pasir Puteh dan kira-kira 40 km dari pekan Bandar Kota Bharu. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.00 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai tiga buah sekolah rendah iaitu SK Sri Kamil (1), SK Sri Kamil (2), SK Sri Kamil (3), yang mempunyai pelajar seramai 500 pelajar dan dua buah sekolah Menengah Iaitu SMK Tok Janggut dan SMK Seri Aman. Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang sempurna.
Kampung Alor Pasir mempunyai tanah subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian,Pejabat Pelajaran Daerah, Hospital Daerah. Kampung ini telah wujud sekitar tahun 1800an yang lalu dan kini telah mempunyai kira-kira 5200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam padi dan getah dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.
PETA KAJIAN
1) Lukis Peta PASIR pUTEH
2) Peta Pekan
i) Tajuk dan Bingkai [1 m]
ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
3) Peta kAWASAN KAJIAN
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka membuat kajian tersebut ) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
iii) Tajuk dan Bingkai [1 m]
iv) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
v) Simbol Piawai [ 1 m ]
vi) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]
( peta perlu kemas dan cantik )
- Perlu diwarnakan mengikut kesesuaian
KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-
1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi yang berlaku di kawasan kampung pt kassim
2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.
3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik – sila rujuk lampiran )
4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasu yang berlaku di Malaysia.
) DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Migrasi Penduduk
Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa.
Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.
8.2 Pola Migrasi Penduduk
Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di kampung saya iaitu Kg. Alor Pasir. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:
i) Migrasi luar bandar ke bandar
Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya. Migrasi ini berlaku disebabkan oleh di dua faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan.
ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar
Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di luar bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah ke kampung saya.
8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian
Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh beberapa faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut ialah :-
A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)
i) melanjutkan pelajaran
- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP (institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan kepada pelajar.
ii) peluang pekerjaan
- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian, perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di kampung saya berpindah ke kawasan bandar.
B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)
iii) Governan
- pihak kerajaan telah memajukan kawasan kampung saya dengan adanya pembukaan tanah-tanah baru untuk kawasan pertanian seperti kelapa sawit di bawah agensi FELDA dan FELCRA. Keadaan ini menyebabkan terdapatnya penduduk dari kawasan luar bandar yang lain telah berpindah ke kawasan kampung saya untuk mencari peluang pekerjaan daripada sektor pertanian. Sebagai contoh, penduduk dari kampung Parit Ismail, Parit Ju dan kawasan sekitarnya.
iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan
- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah keluarga yang datang ke kampung saya ini disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan penduduk daripada kampung saya. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya semakin bertambah secara semulajadi.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.
Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya sebenarnya telah memberi yang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-
A ( KESAN POSITIF )
1) Penduduk Bertambah
- Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di kampung saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk.
2) Hasil Pertanian Bertambah
- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasil kelapa sawit.
B ( KESAN NEGATIF )
3) Masalah Sosial
- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kampung saya.
4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran
- kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.
5) Struktur Penduduk Berubah
- migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini telah menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran kampung juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.
Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.
8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk
( peringatan = cadangana perlu selari dengan Kesan Migrasi di tajuk 8.4)
Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-
1) Wujudkan Rukun Tetangga
- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan kampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.
2) Wujudkan Peluang Pekerjaan
- bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan
- pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan berhijrah ke kawasan bandar.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.
Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini.
Bahan Grafik
- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-
i) Jadual
ii) Graf
iii) Carta Pai
iv) Peta Aliran
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai
(Nombor 9) RUMUSAN
Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.
Diharapkan panduan ini dapat membantu pelajar menghasilkan kerja kursus yang bermutu.. teruskan usaha anda